mybenz | mysatisfaction Forum Index Off Topic
Selamat menyambut Nisfu Syaabaan | Register To Post |
| Threaded | Newest First | Previous Topic | Next Topic | Bottom |
| Poster | Thread |
|---|---|
| Mabel | Posted on: 2010/7/26 21:52 |
Certified Benzitos ![]() ![]() Joined: 2007/8/7 From: Shah Alam Posts: 5383
Benz Model: W201 and W124
Message: |
Selamat menyambut Nisfu Syaabaan Salam warga Mybenz,
Malam ini merupakan malam Nisfu Sya'aban (selepas maghrib pada hari 15 Sya'aban). Pada malam ini elok lah kita berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatanyang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib,(15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib) Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw): pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban: 1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban,), Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x, Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x 2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban) i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik. Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk) 3. Baca surah ikhlas 1000x 4. Berpuasa pada keesokan hari nya Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. Antaranya yg termasyhur adalah: 1. Malam Dimustajabkan Doa 2. Malam Pembahagian Takdir 3. Malam Rahmat 4. Malam Berkat 5. Malam Pengampunan (Taubat) 6. Malam Penebusan 7. Malam Syafaat 8. Malam Penulisan 9. Malam Keagungan dan Kemuliaan 10. Malam Rezeki 11. Malam Hari Raya ParaMalaikat 12. Malam Penghidupan Kepada sesiapa yang terlupa melakukan amalan di atas pada waktu magrib, masih lagi bolih dilakukan kerana malam masih panjang.
|
| safri70 | Posted on: 2010/7/27 0:26 |
Just can't stay away ![]() ![]() Joined: 2008/11/23 From: Port Dickson/Rawang/T.Intan/Thailand Posts: 80
Benz Model: E200K-W210
Message: |
Re: Selamat menyambut Nisfu Syaabaan Tima kaseh Mabel mengingatkan perkara2 baik..semoga semua kita mendapat kebaikan. Amiin. |
| 19owner | Posted on: 2010/7/27 0:34 |
Certified Benzitos ![]() ![]() Joined: 2008/5/16 From: Kuala Lumpur Posts: 2956
Benz Model: W201 190e 92/96
Message: |
Re: Selamat menyambut Nisfu Syaabaan thanks for the reminder brother...
|
| Mabel | Posted on: 2010/7/27 23:26 |
Certified Benzitos ![]() ![]() Joined: 2007/8/7 From: Shah Alam Posts: 5383
Benz Model: W201 and W124
Message: |
Re: Selamat menyambut Nisfu Syaabaan My pleasure brothers
|
| Threaded | Newest First | Previous Topic | Next Topic | Top |
| Register To Post | |












