![]() ![]() ![]() | Register To Post |
Threaded | Newest First | Previous Topic | Next Topic | Bottom |
Poster | Thread |
---|---|
Mabel | Posted on: 2011/12/5 22:37 |
Benzo mania ![]() ![]() Joined: 2007/8/7 From: Shah Alam, Cyber Jaya, Sunway Posts: 20053
Benz Model: S320L, E240, C200
Message: |
Hari Asyura Salam dan Hello Benzers,
Esok adalah Hari Asyura.. Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w. Sejarah Asyura Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban. Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram: • Hari pertama Allah menciptakan alam. • Hari pertama Allah menurunkan rahmat. • Hari pertama Allah menurunkan hujan. • Allah menjadikan 'Arasy. • Allah menjadikan Luh Mahfuz. • Allah menjadikan Malaikat Jibril. • Nabi Adam a.s. dicipta. • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah. • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit. • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan. • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud. • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud. • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun. • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut. • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya. • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah. • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.. • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah. • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar. • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda. • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.
|
Mabel | Posted on: 2011/12/5 22:38 |
Benzo mania ![]() ![]() Joined: 2007/8/7 From: Shah Alam, Cyber Jaya, Sunway Posts: 20053
Benz Model: S320L, E240, C200
Message: |
Fadhilat Puasa 10 Muharam Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.
Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan. Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim. Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun. KELEBIHAN Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim. BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud. Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram. SEJARAH 10 MUHARRAM Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut: 1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'. 2. Diterima taubat Nabi Adam a.s. 3. Dicipta Adam a.s. 4. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga. 5. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang. 6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. 7. Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud. 8. Selamat Musa dan pengikutnya. 9. Lemas Firaun. 10. Dilahirkan Nabi Isa a.s. 11. Diangkat Nabi Isa kelangit. 12. Diangkat Nabi Idris ke langit. 13. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy. 14. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar. 15. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun. 16. Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta. 17. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta. 18. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya. 19. Hujan yang pertama turun dari langit kebumi. 14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura : 1. Melapangkan masa / belanja anak isteri fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 2. Memuliakan fakir miskin fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti 3. Menahan marah fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha 4. Menunjukkan orang sesat fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya 5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya. 6. Bersedekah fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 7. Memelihara kehormatan diri fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 8. Mandi Sunat fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala. 9. Bercelak fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu 10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti 11. Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali. 12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru" fadhilat - Tidak mati pada tahun ini 13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 14. Puasa Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala. fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. "Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."
|
Mabel | Posted on: 2011/12/5 22:39 |
Benzo mania ![]() ![]() Joined: 2007/8/7 From: Shah Alam, Cyber Jaya, Sunway Posts: 20053
Benz Model: S320L, E240, C200
Message: |
KELEBIHAN BERPUASA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG TERJADI PADA HARI TERSEBUT Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".
|
hj_ismail | Posted on: 2011/12/7 19:45 |
Penghulu ![]() ![]() Joined: 2011/9/16 From: Kota Bharu, Kelantan Posts: 38
Benz Model: W203 C180K
Message: |
Re: Hari Asyura Tuan Mabel,
Terima kasih atas belanja minum malam itu, semoga tuan mendapat kerahmatan dari Allah, Saya salute di atas apa yang tuan paparkan, cukup sempurna dan lengkap. Kepada yang perlukan maklumat pasal hari asyura, cetak dan edarkan kepada kawan2 kita, insyaalah kita semua akan mendapat ganjaran dari Allah kelak. Haji Ismail |
Mabel | Posted on: 2011/12/7 21:52 |
Benzo mania ![]() ![]() Joined: 2007/8/7 From: Shah Alam, Cyber Jaya, Sunway Posts: 20053
Benz Model: S320L, E240, C200
Message: |
Re: Hari Asyura Alhamdullilah...
My pleasure Tuan Haji... ![]()
|
Mabel | Posted on: 2011/12/7 22:49 |
Benzo mania ![]() ![]() Joined: 2007/8/7 From: Shah Alam, Cyber Jaya, Sunway Posts: 20053
Benz Model: S320L, E240, C200
Message: |
Re: Hari Asyura Quote:
A recount of the events that occured on the 10th day of the islamic month of Muharram in the year 680 AD. The grandson of the Prophet Muhammad (pbuh), Imam Hussain was murdered along with his companions and his family at the hands of the army of Yazid who was the leader of the muslims at that time. These were dark times in Islamic history and the events of Ashura in the city of karbala, Iraq are remembered every year around the world by Muslims. Imam Husein has only 100 family members (comprising of 72 companions and 18 of his household including women and children) fighting against 100,000 army of Yazid who come equipped. Despite the great difference the battle lasted from Subuh until Zuhur… There are many lessons to take from Karbala and the battle of Karbala. The battle was over in a couple of hours but its memory and teachings will live on for eternity. Here is from Sunni's perspective..
|
Mabel | Posted on: 2011/12/7 22:51 |
Benzo mania ![]() ![]() Joined: 2007/8/7 From: Shah Alam, Cyber Jaya, Sunway Posts: 20053
Benz Model: S320L, E240, C200
Message: |
Re: Hari Asyura Quote:
This sacrify doesn't go unnoticed. Here are the recognition from the Non-Muslim about this event... Quote:
|
Mabel | Posted on: 2011/12/7 22:53 |
Benzo mania ![]() ![]() Joined: 2007/8/7 From: Shah Alam, Cyber Jaya, Sunway Posts: 20053
Benz Model: S320L, E240, C200
Message: |
Re: Hari Asyura Even a christian priest pay tribute to imam hussain
|
Mabel | Posted on: 2011/12/12 12:33 |
Benzo mania ![]() ![]() Joined: 2007/8/7 From: Shah Alam, Cyber Jaya, Sunway Posts: 20053
Benz Model: S320L, E240, C200
Message: |
Re: Hari Asyura It's important for everyone the events that took place on Ashura, is not just for the Shia. Al-Hussain was the Imam of all Muslims.
By understanding the Subject of Imam Hussein (r.a) Martyrdom we would understand that it helps us understand the Message of Islam. Unfortunately many Sunni scholars refrain from discussing thinking we might become Shia, which is false. Another reason many scholars refrain from discussing especially in the Gulf States like Saudi, Bahrain, Qatar, etc because they are kingdoms and Imam Hussein (r.a) according to the Sunnis stood up against the System of Monarchy. If you want to understand from Sunni point of view then please read the links below and InshaAllah you will understand. The History of Karbala according to the Sunnis. http://www.islamicinformationcentre.co.uk/karbala.htm The Sunnis are against Wailing and beating and refrain from exaggerating the History of Karbala. As stated earlier, Imam Hussein (r.a) according to Sunnis stood up for the Islamic Caliphate system which started from Abu Bakr (r.a) which was a electing a leader through a selection Process which Companions (r.a) did through Mutual Consultation. Yazeed was destroying that, and he did destroy that by introducing the Monarchy System by becoming the 1st King of Islam by usurping the throne. Therefore Imam Hussein (r.a) stood up to preserve the right of the Muslims to select a ruler, a right given by Allah (swt) and His Messenger (saw), a right exercised by the Rightly Guided Caliphs. And in his struggle for the Muslims he was martyred.... The Prophet (saw) predicted the Monarchy System would begin after a Caliphate system which would be a guided one and on the foot steps of Prophet Hood..... Imam Ahmad (RA) on the authority of Nauman Ibn Bashir (RAA), Prophet Muhammad (SAW) is reported to have said to his Companions: “The period of Prophet hood will remain among you so long as Allah wills, then He shall cause it to end. After that, there will be Khilafah among you on the pattern of Prophet hood, and this will last as long as Allah wills, and then He shall cause it to end. After that, there will be a reign of oppressive monarchy...." (Musnad Ahmad) Therefore the Shia Concept of Karbala is different from Sunnis because Shias dont even accept the 1st three Caliphs to be righteous at all. Also the Shia Concept of Imamah says it was Imam Hussein's divinely chosen right to be Imam and not Yazeed. So thats a major difference which is also necessary to be mentioned. For further reading on the understanding of the subject of Martyrdom of Imam Hussein (r.a) according to Sunnis, you can read details of it from here.... http://www.witness-pioneer.org/vil/Articles/companion/martrydom_of_imam_husain.htm
|
Mabel | Posted on: 2011/12/12 12:38 |
Benzo mania ![]() ![]() Joined: 2007/8/7 From: Shah Alam, Cyber Jaya, Sunway Posts: 20053
Benz Model: S320L, E240, C200
Message: |
Re: Hari Asyura This is from Mukhtar Nameh a series which is currently broadcasting in Iran. The film is about life of Mukhtar, a Shia Muslim commander who took revenge from all those who involved in martyrdom of Imam Hussein (a.s). The film has looked at the event of Ashura very briefly and it has some pictures from that day as well. This is one of them which Zoheir ibn ghin's wife described later for Mukhtar . Zoheir ibn ghin is the old man in front of Imam Hussein (a.s) who tries to protect him.
May Allah bless all of them
|
(1) 2 » |
Threaded | Newest First | Previous Topic | Next Topic | Top |
Register To Post | |